MY FYP

NAMA: AYU ARNIEZA BINTI MAT JALIH

NO MATRIK: BC21160104

PENYELIA:  PROF. MADYA DR. SIM CHEE CHEANG


PROJEK AKHIR: MINI TESIS

TAJUK: ANALISIS NOVEL FEMINIS SABAH DARI PERSPEKTIF GINOKRITIK DAN IMPLIKASI: PENELITIAN PSIKOLOGI DAN BUDAYA


NOVEL KAJIAN

 


Dalam kajian ini, pengkaji ingin membuat kajian mengenai teori feminisme dalam cabang ginokritik. Pengkaji juga akan mengkaji beberapa elemen ginokritik yang akan digunakan dalam menganalisis karya novel Syumul oleh Azmah Nordin (2010) dan novel Pagi Di Hujung Senja oleh Kathirina Susanna Tati (2013)  serta elemen yang digunakan oleh pengkaji ialah penulisan wanita dan budaya wanita serta penulisan wanita dan psikologi wanita. Pengkaji ingin membuat kajian dengan lebih terperinci kerana isu budaya dan psikologi dalam penulisan wanita terutamanya penulis novel di Sabah patut dijadikan contoh kepada masyarakat turut serta adalah pemikiran wanita Sabah yang boleh diambil sebagai ilmu baru serta pengajaran dalam kehidupan. Akhir sekali, pengkaji juga ingin menganalisis dengan lebih jelas berkaitan implikasi terhadap pembacaan novel yang telah dikaji untuk memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa novel feminis yang dihasilkan oleh penulis Sabah memberi implikasi terhadap kehidupan para wanita.



GINOKRITIK


Ginokritik adalah cabang daripada pendekatan Feminisme. Gynocriticism secara etimologi adalah berasal daripada perkataan Perancis "la gynocritique". la satu teori yang khusus dirangka untuk digunakan bagi menerangkan dan menganalisis karya-karya tentang wanita yang dihasilkan oleh wanita (Norhayati, 2005). Namun begitu, sebahagian masyarakat di Malaysia tidak mengetahui bahawa pendekatan feminisme itu mempunyai cabang sebagai contoh, ginokritik. Secara ringkasnya, ginokritik adalah pendekatan yang sering digunakan untuk mengetahui gaya penulisan wanita dalam sesebuah naratif. Melalui penulisan wanita juga kita dapat memahami budaya dan psikologi wanita dalam karya yang mereka hasilkan.





VIDEO MENGENAI MINI TESIS













No comments:

Post a Comment

SHOOTING FILEM PENDEK

  Terima Kasih untuk semester kali ini, banyak ilmu baru yang saya peroleh. Shooting Filem Pendek, sebagai Jurukamera dan Penyunting. Saya j...